Pages

Monday, October 10, 2016

Pencuri Professional, Progresif & Peduli Lebih Hebat Dari Api,,,


Aku bual dengan sorang kawan selepas hantar barang ke MRSM tadi sambil mengopi…

“Kalau pencuri masuk… ada juga barang yang tinggal… kalau api masuk… tak der yang tinggal…” katanya mengenai kes pecah rumah…

Aku cakap… “pepatah tu dah tak boleh pakai”

“Pasal apa?”

Aku tersenyum sambil menjawab…

“Api masuk... makan semua tapi tak bakar tapak bangunan… pencuri masuk… bukan setakat pembaris pemadam jer depa sapu… bangunan ngan tapak bangunan sekali depa sapu…”

“Oi…dahsyat tu… penyamun jenis apa tu???” Tanya nya lagi…

“Penyamun professional, progresif & peduli…” jawabku sambil tersenyum… sebab aku tau dia siapa…


Dengar kata Mahkamah dan perintahkan pencuri memulangkan semula barangan curian tuuu… 

1 comment:

  1. Pencuri mesti takut klu hudud dilaksanakan.

    ReplyDelete