Pages

Monday, August 8, 2016

PAS Akan Saman Sarawak Report...


PETALING JAYA: PAS hari ini membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
“Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu, beliau berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas pengendali laman itu kerana berniat jahat dan “mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS”.
“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan PAS dengan Umno,” kata Tuan Ibrahim.
Sarawak Report baru-baru ini mendakwa Najib cuba mengambil peluang percakaran di kalangan parti pembangkang dengan cuba mengambil hati pemimpin atasan PAS.
“Beliau cuba menjauhkan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa beliau – RM90 juta dipercayai mengalir masuk ke dalam pimpinan tertinggi PAS sejak beberapa bulan ini (veteran BN akan menganggap ia harga yang murah),” menurut portal itu dalam laporannya.
“Dengan Guan Eng dipenjarakan bersama-sama Anwar, PAS pula menerima wang, semua pengkritiknya dipecat dan kuasa darurat di tangannya, Najib menganggap beliau boleh sekali lagi memang pilihan raya,” katanya merujuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita Asal Kelik Di Sini
----------------------------------------------------------
Musuh Gerakan Jemaah Islam PAS ada di mana-mana... Bersyukur kita apabila JUHALAK & PAN KHIANAT telah Allah usir keluar dengan penuh kehinaan...

Cubaan hidupkan semula zikir UG yang dah tenggelam... DAP, PAN dan PKR dalam keadaan bermasalah... usaha merosakan nama baik PAS diteruskan oleh Sarawak Report pula...

No comments:

Post a Comment