Pages

Tuesday, August 2, 2016

Dialog 3 Sekawan... Manusia, Malaikat & Iblis....


Ingat lah anak2 ku... seandainya ayahmu ini telah tiada dimuka bumi Allah ini, ingatlah pesanan ayah ini sebagai panduan... Sesungguhnya manusia boleh menjadi lebih hina dari iblis dan lebih mulia dari malaikat...

Firman Allah swt:

   وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُوْنَ
"Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada Ku"

Dialog 3 Sekawan... Manusia, Malaikat dan Iblis

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan -  Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan بســم الله الرحمن الرحيم.
Syaitan  - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan  - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan  - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan -  Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah 
               Maha Melihat & 
Mengetahui!
Syaitan  - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan  - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan  - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha 
               Pengampun.

Syaitan  - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya 
              sekali. Rugilah (kalau sempatlah).

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai 
               Allah, berpalinglah dari
 jalan itu.
Syaitan  - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!

Manusia - Uh.. Letihnya hari ni. Tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia 
               & akhirat untukmu. 
Solat itu wajib bagimu.
Syaitan  - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & 
               kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.

Firman Allah swt :

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُواْ 
خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (٢٠٨)
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (208)"






No comments:

Post a Comment