Pages

Saturday, July 30, 2016

Guan Eng Kalut Nak Buat PRN Sebab Bimbang KM Di Pangku Oleh PKR



Tulisan ini bagi aku adalah suatu yang melucukan... aku hanya screen shot point2 penting yang aku nak bincangkan... selebihnya hangpa pi baca di portal tu sendiri.....

Point pentingnya iaitu di awal tulisan, ia nak menunjukkan bahawa PRN yang nak diadakan bukan membawa agenda berkaitan dengan kedudukan Lim Guan Eng sebagai KM P. Pinang... tapi di akhir tulisan, ia menyelitkan proses "penggantian" Lim Guan Eng dan terdapat perkataan "membaiki keadaan"...

Point kedua iaitu penulis membuat bandingan kes Lim Guan Eng dgn kes Anwar Ibrahim... sedangkan ia tidak mempunyai persamaan langsung dan tidak langsung... walaupun aku bukan peminat tegar Anwar Ibrahim, tetapi fakta perlu dibahaskan dengan adil walau siapa subjek nya....


Kes Lim Guan Eng memang patut dikatakan "let the law takes its due course" sebab ia dibicarakan atas perbuatan yang dia sendiri mempunyai penglibatan dengan bukti dan fakta yang jelas... berbanding kes Anwar Ibrahim, ia suatu yang dianggap "tidak masuk akal" dengan tuduhan berdasarkan fakta2 yang meragukan... namun tidak pula sewenang2nya dicadangkan dibubar DUN Selangor sebagai tanda protes terhadap perbicaraan kes Anwar Ibrahim... berbanding dengan cadangan utk bubarkan DUN P. Pinang hanya kerana Lim Guan Eng dituduh di mahkamah...


Memang melucukan jugak apabila disebut "momentun PRN akan memberi kesan kepada PRU 14"... ayat ini dituliskan dengan maksud tersirat iaitu si penulis yakin boleh menang... sedangkan dalam pilihanraya, semua pihak ada peluang sama rata untuk menang... bagaimana jika UMNO BE END menggunakan kuasa 3M (Money, Machinery, Media) dengan sepenuhnya dan menyebabkan pakatan xdak harapan kalah dalam PRN... apakah ia tidak akan memberi kesan kpd PRU 14 nanti??? Itulah ertinya puak2 DAP ni memperjudikan rakyat P. Pinang demi kepentingan sempit depa...

Di awal tulisan dah disebut PRN itu bukan berkaitan isu peribadi Lim Guan Eng... justeru, mengapa sekarang nak diadakan PRN??? Mengapa tidak sebelum Lim Guan Eng didakwa??? Dan di akhir tulisan ada sebutkan proses penggantian... soalannya jika Lim Guan Eng dipenjara sekarang, apakah yang bakal menggantikannya mai dari kem UMNO BE END???... dan jika PRU 14, pakatan yang xdak harapan tu berjaya kekalkan kemenangan... apakah Lim Guan Eng juga akan dilantik sebagai KM???... sudah tentu orang lain... maka, apakah proses penggantian itu bakal tergendala???...


Secara keseluruhannya, tulisan ni tetap nak sembunyikan tujuan sebenar depa... depa boleh tipu diri depa sendiri, tapi bukan pembaca hari ini yang semakin kritis... bak kata sorang ahli DAP di P.Pinang "DAP jangan menghina kemampuan berfikir ahli"....

Hasil tulisan Tuan Pkpk Pikirpikir

Cerita kaitan 1
Cerita kaitan 2

p/s...
PRN yang DAP cadang nak wat tu sebab DAP bimbang Jawatan Ketua Menteri akan dipangku oleh Timbalan KM 1 dari PKR...
Tu jer bendanya yang chauvinist Cina Bukit ni bimbangkan...

No comments:

Post a Comment