Pages

Saturday, November 16, 2013

MOHON MAAF : AMBIL IKTIBAR - JANGAN COPY PASTE JER - AKHIRNYA JADI FITNAH...


IPOH - Individu yang menyebarkan fitnah kononnya Restoran Nasi Vanggey Greentown menggunakan najis manusia sebagai pelaris menerusi laman sosial Facebook miliknya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengurusan restoran berkenaan malam tadi.


Individu yang menggunakan nama profil Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan dengan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus premis makanan tersebut, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan.



Wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina restoran berkenaan dan segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.



“Kontroversi timbul apabila saya menyalin semula status ditulis seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini.



“Status Facebook saya hanya boleh dibaca sebilangan kecil individu sahaja, namun ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak paparan skrin (screen shot) status saya dan menyebarkannya secara meluas melalui telefon dan internet,” katanya.



Ze Aida berkata, dia membuat telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam bagi menyangkal tuduhan disebarkan sebelum ini serta meminta pihak yang menyimpan salinan paparan skrin tersebut memadamkannya supaya ia tidak disalah tafsir.



“Katanya, bagi memenuhi permintaan pengurusan Restoran Nasi Vanggey, dia memohon maaf secara terbuka di atas kesilapannya itu dan menyatakan amat menyesali tindakannya membuat tuduhan tanpa asas dan kebenaran.



“Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu status supaya tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya.



Sementara itu, Ahmad Fazli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terdapat najis dalam peti simpanan makanan restoran berkenaan.



Katanya, penyebaran berita palsu di Facebook yang memburuk-burukkan restoran popular itu menjejaskan perniagaan mereka sehingga 60 peratus.



“Kami berharap melalui penjelasan dan pengakuan dibuat oleh wanita terbabit akan dapat memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap pengurusan makanan restoran ini,” katanya yang turut mempunyai 10 cawangan tersebut termasuk sebuah cawangan di Kuala Selangor manakala dua lagi sedang dalam proses operasi di negeri ini.



Menurutnya, restoran berkenaan tiada kaitan dengan penutupan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom Khamis lalu.


Beliau berkata, serbuan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) itu bukan sahaja membabitkan satu restoran malah melibatkan 12 restoran lain di sekitar bandar raya ini.

Renungan :

Ambillah iktibar... jangan sebarang copy paste... kalau sudah menjadi fitnah, malu dapat...

Jangan hanya nak popular jadi orang pertama yang keluarkan isu, jadi orang pertama yang kena tindakan...

Berhati-hati semua yer...

PENGGANAS AL-QAEDA TERLIBAT KES BUNUH DI SEMPORNA - SYUKURRR... AMAN DAMAI....



KUALA LUMPUR - Kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf dipercayai terlibat dalam kes culik dan bunuh, dua pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah, awal pagi semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, pengganas terbabit dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini, belum ada tuntutan tebusan dibuat, dan usaha mengesan mangsa masih diteruskan dengan bantuan pihak berkuasa di Filipina.

“Kita percaya kumpulan pengganas ini mengambil kesempatan memasuki perairan Sabah kerana pasukan bersenjata Filipina telah dikerah ke utara untuk membantu mangsa2 yang terlibat dalam taufan Haiyan. Jadi ia memudahkan pengganas untuk melakukan jenayah," kata Khalid.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sunathon (berkhatan beramai2) Program Gaya Hidup Sihat, di sini, hari ini, Khalid berkata beliau telah berunding dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kawalan di perairan Sabah berikutan perkembangan itu.

Dalam kejadian semalam, seorang pelancong lelaki warga Taiwan ditembak mati manakala isteri mangsa yang juga warga Taiwan telah dilarikan kumpulan terbabit.

Khalid berkata, polis akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan berkenaan bagi mengelak berulangnya kejadian seumpama itu.

Beliau juga berkata, satu operasi besar2an akan dijalankan di sekitar pulau2 yang bersempadan dengan negara jiran itu bagi mengesan dalang di sebalik kejadian jenayah itu.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan mana2 kumpulan pengganas dan tidak memberi sebarang maklumat atau bantuan kepada musuh negara," tegasnya.

Katanya, polis akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa di perairan Sabah supaya menguatkuasa pengharaman penggunaan bot pam kerana pengganas dan penjenayah menggunakan bot berkenaan untuk aktiviti jenayah.

“Kita tahu dengan pengharaman bot ini, penduduk akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian.. Tiada tolak ansur dalam isu keselamatan. Kita minta pihak berkuasa ambil tindakan drastik terhadap perkara ini,” katanya.


Khalid berkata, aktiviti pelancongan tidak akan terjejas berikutan kejadian itu kerana pasukan keselamatan sentiasa mengetatkan kawalan di sekitar pusat peranginan dan pelancongan di seluruh Sabah termasuk di Semporna, Sandakan dan Tawau.

Friday, November 15, 2013

UMNO SALAH GUNA RM40 JUTA SELAMATKAN UTUSAN



KUALA LUMPUR: Tindakan Umno menyuntik dana tambahan RM40 juta kepada Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) adalah bukti nyata betapa terdesaknya parti itu untuk menyelamatkan syarikat seliaan mereka hingga sanggup menyalahgunakan wang kerajaan.


Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu harus ditentang oleh menteri berfikiran waras dalam Kabinet kerana ia jelas membabitkan wang pembayar cukai atau wang rakyat.


“Ini adalah konflik kepentingan apabila kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga merupakan Menteri Kewangan dan Presiden Umno,” ujarnya dipetik Roketkini.


Beliau berkata, berdasarkan peraturan, jika kepentingan Umno meningkat melebihi 2 peratus ia mesti membuat tawaran pembelian kepada pemegang saham lain.


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataan, semalam berkata memandangkan usaha mereka untuk mendapatkan tawaran terbitan hak, parti itu perlu meningkatkan kepentingan sekurang-kurangnya 53.1 peratus dan ia sekaligus mewujudkan tawaran am mandatori.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas rancangan Umno menyuntik RM40 juta kepada Utusan melalui cadangan ‘two call rights issue’.


Pada 12 November lalu, Utusan mengumumkan kepada Bursa Malaysia akan meningkatkan terbitan hak kepada pemegang saham kira-kira RM40 juta.



Pua turut menyokong saranan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertindak bebas tanpa campur tangan Kementerian Kewangan untuk mengecualikan Umno daripada menjalankan tawaran am mandatori agar dapat memberi saham minoriti Utusan.


“Apa yang paling penting, SC perlu melindungi integriti pasaran kewangan negara. Bukan sahaja bertindak dengan adil, tetapi perlu dilihat bertindak adil serta telus kepada semua pelabur dan rakyat Malaysia,” katanya.



Menurut makluman daripada Bursa Malaysia, tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.

PENIAGA PASAR MALAM DI TEMBAK – SYUKURRRR NEGARA KU AMAN DAMAI


Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di Bachok, malam tadi.

KetuaJabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.


“Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Lai berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.


Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan menurutnya kes akan disiasat secara terperinci.


Sementara itu isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan.


“Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya Che Muhamad Danial berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.



“Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan.

ASSOLATU KHAIRUM MINAN NAUMMMMM - SOLAT LEBIH BAIK DARI TIDOR





Assolaaaatu khairummmmm minannnn naummmmm....

Sesungguhnya solat itu lebih baik dari tidor......



Kita boleh berjaga malam ber fb.... malang kan kan kan......

PTPTN BANKRAPKAN ANAK BANGSA... TIRIS RM150 BILION DISOROK...



Kerana nak jadi orang pandai...

Kerana nak bekerjaya...
Kerana nak ubah cara hidup keluarga

Akhirnya terperangkap ngan bankrapsi...


PR ajak hapuskan PTPTN ... ramai emak bapa tak nak sokong dan sanggup diperbodohkan... anak2 jadi mangsa politik rakus…. 

Wednesday, November 13, 2013

BOLEH KER IC PALSU MEMBUKA AKAUN BANK??? ZAHID TAK AUTA... SYUKURRRR..




Pembunuhan pekerja bank oleh seorang pengawal keselamatan yang melakukan rompakan menimbulkan berbagai spekulasi mengenai tahap keselamatan yang terlalu longgar.

Berbagai2 soalan timbul di benak rakyat yang mencurigai tahap keselamatan dengan auta2 yang dilontarkan oleh Menteri KDN dan Polis sendiri terutamanya dalam keadaan menggelupur melepaskan diri dari laporan Jabatan Audit Negara mengenai kehilangan senjata api dan kenderaan polis….


Mangsa kepada kejadian ialah almarhumah pegawai bank yang di bunuh dan syarikat kawalan keselamatan terlibat. Tidak dinafikan bahawa semua yang terlibat bersalah…

Perkara terbaru dan PANAS ialah jawapan yang dilontarkan oleh syarikat tersebut terhadap pihak Polis dan KDN…



Bercakap kepada wartawan mengenai persoalan yang berlaku, dengan sendirinya telah menampar muka Tan Sri Khalid selaku KPN yang baru mengatakan “pemeriksaan ketat pengawal guna senjata” – ketat camna tu???

Entah la… macam2 maharaja lawak kat Negara Banglasia bolehland ni… Mana Dato Seri Dr Zahid Hamidi???

AL-WATAN MESIR, DAILY MIRROR NGAN UTUSAN – SERUPA SAJA TUKANG FITNAH LAKNATULLAH



KUALA LUMPUR: PresidenPAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.


Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.



“Saya menafikan sekeras2nya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.



“Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.



“Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha agung,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.



Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa TuanGuru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.



Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli ParlimenMarang juga menyifatkan laporan tersebut sebagai provokasi untuk mengganggu hubungan PAS dengan pihak luar.



“Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa,” katanya.



Justeru, tegasnya PAS sedang mengkaji tindakan guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut.



“Saya telah hubungi rakan2 di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya,” tegasnya yang juga Adun Rhu Rendang.



Pada 22 Oktober 2007, Tuan Guru Abdul Hadi memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.



Daily Mirror dalam akhbar dan juga web mereka, secara terang2an menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.




Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

Tuesday, November 12, 2013

ALLAH ITU MAHA PENCIPTA (Video Di Dalam)... MASIH ADA YANG INGKARI ALLAH WALAU SUDAH MENJADI ISLAM



Allah itu sesungguhnya Maha Pencipta. Malangnya masih ada yang ingkari perintah Allah walaupun sudah Islam.


Ikrar lafaz syahadah di selewengkan pengertian dan tuntutannya. Masing2 menuntut logik akal mengatasi dalil. Menggunakan kuasa menjadikan dalil menurut buntut penguasa… Mereka yang diberi Allah ilmu pengetahuan agama tertidur dibuai kelazatan dunia… masing2 hanyut dengan dunia mereka tersendiri…


Mereka tanpa sedar sedang mencampakkan diri dalam kebinasaan…

Taufan Haiyan yang melanda Veitnam baru2 ini membuktikan lagi sejelas2nya kekuasaan Sang Pencipta. Seekor haiwan laut yang tidak pernah dilihat, dikenali, diketahui keujudannya… telah dicampak ke darat untuk penglihatan manusia ramai.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar… aku mohonkan keampunan Mu yang Allah… adakah ini sample haiwan ciptaan Mu untuk menyiksa manusia ingkar semuanya????


Astaghfirullahal ‘adzim…

CARI PERBEZAANNYA... SIAPA PANDAI?????


Cari lah perbezaan dalam gambar ini… Malas nak komen lebih2… korang fikirkanlah sendiri….

‘WANITA KELANTAN MENUTUP AURAT, TERGERAK HATI SAYA’


KOTA BHARU: Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya,” kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.

Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha’ Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.


Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan.


Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat.


“Tetapi apabila saya datang ke Kelantan dan melihat wanita Kelantan menutup kepala dan aurat sempurna, tergerak hati saya untuk melakukannya.


“Apabila saya berpakaian seperti ini saya dapat merasa suatu ketenangan yang belum pernah saya rasa,” ujarnya yang memukau perhatian yang hadir.


Sebelum itu Dr Ramli dalam ucapannya berkata bahawa kurikulum yang digubal dan digunakan oleh Pasti mendapat pengiktirafan antara kurikulum pendidikan pra sekolah yang terbaik dalam negara.



Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' yang berusia setahun itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna hampir 50 orang kanak2, pelbagai persembahan, pertandingan fesyen dan cabutan bertuah.